February 02, 2009

Maksud Hadith Rasulullah s.a.w :



"Janganlah kamu banyak ketawa kerana sesungguhnya ketawa yang berlebihan akan mematikan hati"
Hadith Rasulullah s.a.w ini menerangkan kepada kita bahawa dalam hidup, kita semua takkan terlepas dari mengalami saat gembira dan mencuit hati lalu terbit serta berderailah ketawa dari kita semua. Alhamdulillah, pujian bagiNya yang memberikan nikmat ketawa kepada kita.
Tetapi apa yang perlu diingati selalu,biarlah ketawa kita itu berada atau dibatasi selalu oleh had yang dibenarkan syara'. Kadang-kadang kita terlampau gembira sampai ketawa terbahak-bahak, tak kira dimana kita berada.cth:di dalam masjid atau surau. mungkin kita lupa bahawa ketawa yang berlebihan itu mematikan hati (kerana pada waktu tu kita terlalai seketika dari mengingati Allah.)
Oleh itu setiap kali kita merasakan telah ketawa melebihi had yang sepatutnya, bersegeralah kepada berISTIGHFAR moga-moga Allah merahmati kita semua.

No comments:

Post a Comment